Selangkah
anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah
juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah
tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
Wahai kaum wanita yang kami cintai, jika benar anda sayangkan kami, ada beberapa aurat perlu dijaga kalian :
1. Bulu kening
– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening –
Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
– Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –
Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada
mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah.
3. Wangi-wangian
– Siapa sahaja wanita yang
memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu
mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal
kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii,
Ibn Khuzaimah dan Hibban)
4. Dada
– Hendaklah mereka
(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan
dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi
– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah
ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan
: Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
– Asma binti Abu Bakar
telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan
dan wajah saja – Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan
dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata
– Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan
dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara)
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al
Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum
arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah
akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat
Ibn Majah.)
11. Kemaluan
– Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat
31).Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian
– Barangsiapa memakai
pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan
dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
–
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
* Bagaimana? Ingatlah, definisi kamu adalah membantu suami atau ayah
kamu membawa keluargamu ke syurga, bukan melemparkan dia ke neraka. Jika
benar kamu cinta kepada kami, maka tolonglah kami. JAGALAH AURAT MU…
No comments:
Post a Comment