Mazhab
Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk
mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama
ada kepada lelaki ataupun perempuan.
Manakala mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada
mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya.
Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan
atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian
suaminya juga dilarang memakai inai.
Imam An-nawawi Rh dalam
fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan
kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai
henna di tangan dan kaki mereka.
Manakala mazhab hanafi dan
maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh
anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Ini
diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa
Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai
sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana
ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir,
Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)
Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di
belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W.
lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak
tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab:
“Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang
perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith
riwayat abu dawud)
Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang
mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa
ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai
Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau
dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya
dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah
S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku
dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu
Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)
3 hadith di dalam hal ini, wanita
diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada
sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian
dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.
Hadith yang kedua
dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk
memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan
perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki
yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
~INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH~
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk
orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan
(Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta
ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).
2. Dari Abu
Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang
mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita
lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang
membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang
meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis
bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “
inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk
awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai
inai, pakailah betul-betul hujung jari”.
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..
Wallahua’alam.
No comments:
Post a Comment