lelaki soleh idaman wanita solehah
>> TERLUPA KEADAAN DIRIMU BAGAIMANA..<<
✿~ Kamu nampak mereka berdua, bergaul bebas..berdua-duaan, terus
terdetik di hati, "Huh! tak malu buat MAKSIAT depan orang ramai..".
Rupanya mereka adalah SUAMI ISTERI..
✿~ Kamu nampak wanita itu
TIDAK MENUTUP AURAT, terus ucap di bibir, "Menentang HUKUM Allah AHLI
NERAKA..". Mungkin dia tidak tahu yang "FREE HAIR" itu telah membuat
Allah marah..
...
✿~ Kamu melihat seorang pemuda berlari sehingga terlanggar seorang
pakcik tua di tepinya, dan kamu berkata, "Dia ni, tak beradap
langsung..KURANG AJAR..". Rupa-rupanya dia BERUSAHA menangkap pencuri..
>>> Kamu asyik melihat orang lain, melihat KESILAPAN dan
KESALAHAN mereka..begitu, begini..rupanya kamu telah JAUH dari Allah dan
TERLUPA keadaan dirimu BAGAIMANA..maka, BERSANGKA BAIKLAH..♥♥
“Wahai orang-orang yang beriman! JAUHILAH kebanyakan dari SANGKAAN
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA; dan JANGANLAH kamu MENGINTIP
atau mencari-cari KESALAHAN dan KEAIBAN orang; dan janganlah setengah
kamu MENGUMPAT setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan BERTAQWALAH kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Surah Al-Hujurat : 12)
-H.A-
No comments:
Post a Comment